Monday, 1 July 2013

Program Amal melaksanakan 'Ibadah Qurban/'Aqiqah dan bersedekah di Kemboja


 SuriaQurban bersama Ustaz Kemboja (Ust Muhd Jibril Lim) ingin mengajak anda untuk sama-sama bersedekah daging Qurban/’Aqiqah anda kepada saudara se Islam kita di Kemboja. SuriaQurban akan melakukan urusan ‘Ibadah Qurban sebagai wakil dari anda dan akan mengagihkan daging-daging Qurban atau ‘Aqiqah anda kepada golongan miskin di sana.

Mudah – Murah dan Diberkati..

Hukum Ibadah Qurban: Secara umumnya, hukum Qurban menurut pandangan ulama ialah terbahagi kepada dua :
  1. Wajib mengikut pandangan al-Auza’ie, al-Laith, Abu Hanifah dan juga satu riwayat dari Imam Ahmad. Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, al-Durqutni dan al-Hakim yang bermaksud : “Sesiapa yang mempunyai kelapangan dan tidak berqurban, maka jangan mendekati musalla kami,”
  2. Sunnah Muakkadah, ini ialah pandangan jumhur para ulama. Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin berqurban, maka tahanlah (dari memotong) rambut dan kukunya.” Hadith ini menunjukkan satu pilihan dari Rasulullah SAW untuk berqurban dan bukannya satu suruhan. Dalam erti kata lain, ia bukanlah satu kewajipan bahkan terpulanglah kepada seseorang untuk berqurban atau tidak.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim, Rasululllah SAW pernah bersabda, “Tiga perkara yang wajib ke atasku dan kepadamu menjadi tatawwu’(sunat), qurban, solat witir dan  solat dhuha.”
Juga disebut bahawa Abu Bakar al-Siddiq dan Umar a-Khattab radhiallahuanhuma tidak melakukan ‘Ibadah qurban kerana dibimbangi akan disangka sebagai ‘ibadah yang wajib. Ini boleh dirujuk di dalam Ma’rifat al-Sunan wa al-Athar oleh Imam Baihaqi (384-458 H)
Oleh yang demikian, amatlah digalakkan kepada mana-mana individu muslim untuk melakukan ‘ibadah Qurban sekalipun ia bukanlah amalan yang wajib tetapi tetap merupakan sunnah muakkadah yang dituntut. Wallahu’a'lam.

Kenapa Perlu Korban di Kemboja..?
Sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10, Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.


Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa negara lain. Ianya menjadi bertambah parah apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.

Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja pada hari ini adalah 5,300 rial (RM5) seliter, minyak masak 8,000 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 3,000 rial (RM3) setin ayam kampung 18,000 (RM16)sekilogram, ayam daging 13,000 (10) sekilogram, dan ikan 10,000 rial (RM10) sekilogram.

Itulah hakikatnya keadaan ummat Islam di Kemboja. Bercakap tentang daging, mereka langsung tidak mampu menikmati daging. Danging adalah makanan mewah yang hanya dimakan oleh golongan kaya sahaja.

Kebanyakan mereka tidak dapat makan daging kerana harga daging di sana sangat mahal. Harga satu kilo mencecah sehingga RM26, iaitu 29 Ribu Rial. Jumla sebanyak ini sangatlah besar bagi orang Kemboja. Kadang-kadang sebahgian dari mereka tidak dapat memperolihi wang sebanyak 29Ribu Rial itu dalam masa satu bulan bekerja.

 Oleh itu mereka hanya akan dapat merasai daging itu di musim Qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban di sana. Mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang Malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari Malaysia mereka akan bertanya tentang Qurban. Manalah tahu jikalau ada sesiapa dari Malaysia yang bersedekah Qurban ke Kemboja.

Daftar segera untuk tempahan awal
      Copy Bank Akaun : Maybank = 157223219680            BankIslam = 07052020216473