SuriaQurban bersama Ustaz Kemboja (Ust Muhd Jibril Lim) ingin mengajak anda untuk sama-sama bersedekah daging Qurban/’Aqiqah anda kepada saudara se Islam kita di Kemboja. SuriaQurban akan melakukan urusan ‘Ibadah Qurban sebagai wakil dari anda dan akan mengagihkan daging-daging Qurban atau ‘Aqiqah anda kepada golongan miskin di sana.
Mudah – Murah dan Diberkati..
Hukum Ibadah Qurban: Secara umumnya, hukum Qurban menurut pandangan ulama ialah terbahagi kepada dua :
- Wajib mengikut pandangan al-Auza’ie, al-Laith, Abu Hanifah dan juga satu riwayat dari Imam Ahmad. Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, al-Durqutni dan al-Hakim yang bermaksud : “Sesiapa yang mempunyai kelapangan dan tidak berqurban, maka jangan mendekati musalla kami,”
- Sunnah Muakkadah, ini ialah pandangan jumhur para ulama. Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin berqurban, maka tahanlah (dari memotong) rambut dan kukunya.” Hadith ini menunjukkan satu pilihan dari Rasulullah SAW untuk berqurban dan bukannya satu suruhan. Dalam erti kata lain, ia bukanlah satu kewajipan bahkan terpulanglah kepada seseorang untuk berqurban atau tidak.
Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim,
Rasululllah SAW pernah bersabda, “Tiga perkara yang wajib ke atasku dan
kepadamu menjadi tatawwu’(sunat), qurban, solat witir dan
solat dhuha.”
Juga disebut bahawa Abu Bakar al-Siddiq dan Umar
a-Khattab radhiallahuanhuma tidak melakukan ‘Ibadah qurban kerana dibimbangi
akan disangka sebagai ‘ibadah yang wajib. Ini boleh dirujuk di dalam Ma’rifat
al-Sunan wa al-Athar oleh Imam Baihaqi (384-458 H)
Oleh yang demikian, amatlah digalakkan kepada
mana-mana individu muslim untuk melakukan ‘ibadah Qurban sekalipun ia bukanlah
amalan yang wajib tetapi tetap merupakan sunnah muakkadah yang dituntut.
Wallahu’a'lam.
Kenapa Perlu Korban di Kemboja..?
Sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup
dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10, Mereka
bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.
Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian
di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa
negara lain. Ianya menjadi bertambah parah apabila barangan keperluan asas
seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika
dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.
Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja
pada hari ini adalah 5,300 rial (RM5) seliter, minyak masak 8,000 rial (RM8)
sekilogram, susu pekat kecil 3,000 rial (RM3) setin ayam kampung 18,000
(RM16)sekilogram, ayam daging 13,000 (10) sekilogram, dan ikan 10,000 rial (RM10)
sekilogram.
Itulah hakikatnya keadaan ummat Islam di Kemboja.
Bercakap tentang daging, mereka langsung tidak mampu menikmati daging. Danging adalah makanan mewah yang hanya dimakan oleh
golongan kaya sahaja.
Kebanyakan mereka tidak dapat makan daging kerana harga daging di sana sangat mahal. Harga satu kilo mencecah sehingga RM26, iaitu 29 Ribu Rial. Jumla sebanyak ini sangatlah besar bagi orang Kemboja. Kadang-kadang sebahgian dari mereka tidak dapat memperolihi wang sebanyak 29Ribu Rial itu dalam masa satu bulan bekerja.
Oleh itu mereka hanya akan dapat merasai daging itu di musim Qurban saja, itu
pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban di sana. Mereka
selalu mengharapkan ehsan dari orang Malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari
Malaysia mereka akan bertanya tentang Qurban. Manalah tahu jikalau ada sesiapa dari
Malaysia yang bersedekah Qurban ke Kemboja.
Daftar segera untuk tempahan awal
Daftar segera untuk tempahan awal
Copy Bank Akaun : Maybank = 157223219680 BankIslam = 07052020216473
No comments:
Post a Comment