Monday, 1 July 2013

Program Amal melaksanakan 'Ibadah Qurban/'Aqiqah dan bersedekah di Kemboja


 SuriaQurban bersama Ustaz Kemboja (Ust Muhd Jibril Lim) ingin mengajak anda untuk sama-sama bersedekah daging Qurban/’Aqiqah anda kepada saudara se Islam kita di Kemboja. SuriaQurban akan melakukan urusan ‘Ibadah Qurban sebagai wakil dari anda dan akan mengagihkan daging-daging Qurban atau ‘Aqiqah anda kepada golongan miskin di sana.

Mudah – Murah dan Diberkati..

Hukum Ibadah Qurban: Secara umumnya, hukum Qurban menurut pandangan ulama ialah terbahagi kepada dua :
  1. Wajib mengikut pandangan al-Auza’ie, al-Laith, Abu Hanifah dan juga satu riwayat dari Imam Ahmad. Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, al-Durqutni dan al-Hakim yang bermaksud : “Sesiapa yang mempunyai kelapangan dan tidak berqurban, maka jangan mendekati musalla kami,”
  2. Sunnah Muakkadah, ini ialah pandangan jumhur para ulama. Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin berqurban, maka tahanlah (dari memotong) rambut dan kukunya.” Hadith ini menunjukkan satu pilihan dari Rasulullah SAW untuk berqurban dan bukannya satu suruhan. Dalam erti kata lain, ia bukanlah satu kewajipan bahkan terpulanglah kepada seseorang untuk berqurban atau tidak.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim, Rasululllah SAW pernah bersabda, “Tiga perkara yang wajib ke atasku dan kepadamu menjadi tatawwu’(sunat), qurban, solat witir dan  solat dhuha.”
Juga disebut bahawa Abu Bakar al-Siddiq dan Umar a-Khattab radhiallahuanhuma tidak melakukan ‘Ibadah qurban kerana dibimbangi akan disangka sebagai ‘ibadah yang wajib. Ini boleh dirujuk di dalam Ma’rifat al-Sunan wa al-Athar oleh Imam Baihaqi (384-458 H)
Oleh yang demikian, amatlah digalakkan kepada mana-mana individu muslim untuk melakukan ‘ibadah Qurban sekalipun ia bukanlah amalan yang wajib tetapi tetap merupakan sunnah muakkadah yang dituntut. Wallahu’a'lam.

Kenapa Perlu Korban di Kemboja..?
Sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10, Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.


Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa negara lain. Ianya menjadi bertambah parah apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.

Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja pada hari ini adalah 5,300 rial (RM5) seliter, minyak masak 8,000 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 3,000 rial (RM3) setin ayam kampung 18,000 (RM16)sekilogram, ayam daging 13,000 (10) sekilogram, dan ikan 10,000 rial (RM10) sekilogram.

Itulah hakikatnya keadaan ummat Islam di Kemboja. Bercakap tentang daging, mereka langsung tidak mampu menikmati daging. Danging adalah makanan mewah yang hanya dimakan oleh golongan kaya sahaja.

Kebanyakan mereka tidak dapat makan daging kerana harga daging di sana sangat mahal. Harga satu kilo mencecah sehingga RM26, iaitu 29 Ribu Rial. Jumla sebanyak ini sangatlah besar bagi orang Kemboja. Kadang-kadang sebahgian dari mereka tidak dapat memperolihi wang sebanyak 29Ribu Rial itu dalam masa satu bulan bekerja.

 Oleh itu mereka hanya akan dapat merasai daging itu di musim Qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban di sana. Mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang Malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari Malaysia mereka akan bertanya tentang Qurban. Manalah tahu jikalau ada sesiapa dari Malaysia yang bersedekah Qurban ke Kemboja.

Daftar segera untuk tempahan awal
      Copy Bank Akaun : Maybank = 157223219680            BankIslam = 07052020216473

Monday, 26 November 2012

2013 SURIA QURBAN KEMBOJA EIDUL ADHA 1434H


AlhamduLILLAH Team Suria Qurban telah berjaya melaksanakan amanah Qurban/'Aqiqah, Sedekah, Derma dll -dengan izin Allah SWT- bagi disampaikan kepada Umat Islam Kemboja. Pada tahun 2013/1434H spt juga tahun 2012/1433H lebih 500 peserta telah menyokong usaha kami ini.

Agihan lembu Qurban/'Aqiqah pada tahun 2013 adalah lebih menyeluruh dan diutamakan kawasan2 pendalaman yg menempatkan Umat Islam termiskin terutamanya di Negeri Ratanakiri (Rotanahkiri), Kratie (Kracheh), di samping Negeri Kampong Cham



Kami dalam proses pengeposan sijil2 Qurban/'Aqiqah, diharap sahabat2 yg dihormati sekalian memberi sedikit masa kpd kami. Di bawah ini adalah contoh sijil Qurban/'Aqiqah yg telah mendapat pengesahan drp Imam masjid kampung 



Jutaan terimakasih kpd semua peserta, dermawan, individu2 serta insan2 yang budiman atas sokongan yg tidak berbelah-bagi kepada setiap program yang kami anjurkan saban tahun. Semoga Allah SWT melimpahkan Redha-Nya kepada kita semua. Amin Ya Rabb...


mohd_jibrael@yahoo.com
www.suriaqurban.blogspot.com

Saturday, 14 July 2012

Hukum Mewakilkan Qurban

Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging qurban dipindahkan ke negeri lain. Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan qurban dan menyembelihkannya di negeri itu.

Said Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafi’e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?

Said Al-Bakri dalam kitabnya “I’anatut Thalibin” memuat jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil untuk pembelian qurban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.

Imam kita (mazhab Syafi’e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih qurban. Dan boleh pula berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih qurban. Sedangkan yang empunya qurban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan qurbannya.
Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.

Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (Qurban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.

Walaupun begitu, tidak boleh seseorang melakukan qurban bagi pihak orang lain kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah qurban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .

Maka ayah boleh menyembelih qurban untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih qurban ibu yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.

Adapun orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk berqurban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan qurban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya.